Apabila musim demam, paling merunsingkan jika anak kecil yang turut sama demam. Perkara yang menakutkan jika suhu badan terlalu tinggi adalah risiko terkena SAWAN.
Sebelum ni anak saya memang kerap demam. Tengah-tengah malam bawak gi emergency sebab suhu badan panas sangat. Dulu tak banyak ilmu.
Paling penting, pastikan sentiasa pantau dan kawal suhu badan anak. Kalau ada thermometer lagi bagus.
Walaupun orang-orang tua dulu selalu pesan kalau anak demam selimutkan. Pakaikan anak dgn pakaian yang tebal. Tapi ianya SALAH dan boleh membahayakan nyawa anak-anak.
Sebenarnya pakaian yang tebal boleh mengakibatkan haba terperangkap dan suhu badan tak boleh surut.
Oleh itu pakaikan pakaian yang longgar. Pastikan suhu bilik dalam keadaan selesa. Jangan bedung atau selimutkan anak yang demam.
Kerap mandikan anak dengan air suam dan sentiasa lap kan badan anak dengan tuala basah untuk kawal suhu badan. Bila suhu terlalu tinggi risiko terkena SAWAN.
Sentiasa sediakan ubat demam yang sesuai mengikut umur anak. Wia memang sentiasa ada stok ubat cucuk ikut punggung tu (Paracetamol Suppository) Hihi.
Disyorkan untuk anak-anak yang tak dapat telan ubat jenis syrup, macam anak saya. Berikan setiap 6jam jika suhu mencecah 39°c. Tapi, kalau boleh jangan terlalu kerap bagi pada anak anda.
Jika demam dan diikuti Bengkak Tonsil, jangan berikan anak minum air atau susu yang panas. Kalau boleh berikan anak air sejuk sahaja. Selain itu, aiskrim perisa vanilla juga sangat membantu untuk meredakan bengkak tonsil.
#MakAnakDua
#KongsiTips
#SemogaBermanfaat
No comments:
Post a Comment